Wednesday, August 28, 2013

Amalan Doa Nabi Daud

“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
cc:i luv islam

Thursday, August 15, 2013

RENUNGAN

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. 

cc: bercinta selepas nikah

Doa untuk mesir, syria, palestin, iraq, afganistan dan negara2 Islam

Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir dan semua tempat.

Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!

Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..


cc: bercinta selepas nikah

Saturday, June 22, 2013

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN


Assalamualaikum.
Syaaban
 merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhanadalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.    

Dan pada
 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai malam Nisfu Syaaban yang mana pada malamnya ada banyak kelebihan. ( Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban )

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang dirsebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai solat, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a:“Malam ini adalah malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Nisfu Syaaban
 juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk Maghrib).

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

1) 
 Memperbanyakkan puasa sunat.   
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
 
“Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”.
 
2)  Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.  
Sabda Rasulullah SAW:
 
“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit” 
 

3) 
 Bertaubat   
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud: 
 
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.


Thursday, July 12, 2012

::Kenyir in memories::

trip to kenyir lake in Terengganu
(13 - 15 April 2012)

KENYIR: 13 - 15 april lalu, kami student BSP subjek PPT3701 keusahawanan pertanian telah mengikuti satu lawatan ohsemm ke tsik kenyir, terengganu. tasik kenyir da largest man-made lake in Southeast Asia. ini la first time aku pi trengganu especially tasik kenyir..mybe dis is d best ever trip that i had joined in upm ^^. lot of memories here in Tasik Kenyir.

 map of Kenyir Lake
tujuan lawatan ini adalah lwtn sambil belajar bkaitan aktviti2  yg dijalankn esp. ternakan ikan sangkar, tnman etc.

::13 April 2012::
pada 13 April 2012 jam 8.30 mlm kami btolak dari upm ke terengganu. amik mse pjlnn dlm 9jam utk sampai ke sana.

::14 April 2012::
jam 5.00pagi kami tiba di masjid di hulu terengganu menunggu waktu solat subuh. kemudian jam 8.00 pagi kami stop breakfst di restoran kt hulu terennganu:
 
restoran kak zah

menu2 special di terengganu:
- nasi dagang.

after brkfst, heading to tasik kenyir, takes about 1 hour..


seisi penerangan oleh pihak pengurusan tasik kenyir

antara snapshot di tasik kenyir:
BSPian


 menaiki bot menuju ke kelah sanctuary (45 minit dari jeti)

d bes moment -  merasai sendiri pengalamn drive bot..nmpk sng kn! tapi pyh nk controlled


setibanya, kami perlu bjln jungle tracking mnuju ke kelah sanctuary yg tltak di kwsn hutan. dimana kelah sanctuary ditubuhkan bagi melindungi ikan2 drpd extinct from their habitat. penglaman  yg dpt diperolehi:
- merasai sendiri pengalaman memberi ikan dgn lebih dkat bsma ikan2.

after 2hours spending time wif kelah, kami heading ke air terjun lasir, dimana ianya merupakan salah 1 destinasi yg wajib dikunjungi ketika holiday di tasik kenyir. 
air terjun Lasir
Air Terjun Lasir - subhanAllah indahnya cantiknya scenery kt situ.
1 memori yg xdpt dilupakn smpai bila2 dimana disnilah tempat yg hampir2 meragut nyawa aku. pengalaman hampir lemas 2x kali mmg akn trpahat dlm ingatan aku..hanya Allah shj yg tw perasaan aku pd mse tuu..di saat hampir lmas, 1 perkara je yg aku ingat di fikrn, ingat mati akn mnjlma, mengucap kalimah syahadah..
pic yg sempat diambil ketika tragedi hampir lemas

seingat aku diwaktu kejadian, aku xpkai life jacket oleh sbb life jcket aku dipkai oleh orang lain. pada mulenye, aku jz mrase air dikwsn yg amat cetek, tapi dsbbkan bajet pndai berenang n tlebih excited, aku pn trjun je ke kwsn yg lbih extreme. swaktu trjun, aku trase sperti ditolak dari blkng ke bhg. air yg sgt dlm.. xleh predict how far da deep of d water..mybe about 3meter n above cz at tht time aku ttolak ke bhg dlm air,xdpt jejak lantai pn.. pada msa tu, bberapa org juga yg tlibat hmpir lemas.msing2 jdi glbah, panik.itulah punca nk lemas even kita pndai brenang skalipun. aku lah slh seorngnya..haha..aku dh ttolak ke bhg dasar air,mmg ape cara skali pun kne try utk slmtkan diri nek ke permukaan air. pcubaan 1st nek ke ats hmpir bjye tpi hnye smpai part rambut je yg timbul, aftr that tggelam semula ke dsar..mmg Allah shj yg tw feel ak on that time, dsar air yg sgt gelap, hnye wrne hijau shj yg kelihatan, agak mnakutkan.
brtungkus lumus cuba utk nek ke ats air..tpi still xbrjya tpi makin jtuh ke bwh dsar..pd mse yg sme, sume yg dtmpt kjdian try utk tlg, tpi still xdpt..cz air mmg sgt dlm..Allah shj yg beri kekuatan utk aku spy xptus asa cri jln utk nek ats air..difikiran aku, aku still tringat 1 tip yg tlh diberi oleh kwn aku:
- try to not be panic cz ble panik hnye akn mburukkan keadaan.
aku try brenang even aku sndiri xtw lgsung brenang..n Alhamdulillah aku dpt mrse bdn aku nek ckit ke ats n aku trnmpak 1 kaler yg menyerlah(oren iaitu life jacket yg dipkai oleh kwn ku) n aku trus cpai kakinya.
::syukur Alhamdulillah slps itu, kwn aku tlh tarik ke ats permukaan air. alhmdulillah aku msih diberi peluang utk bernyawa, hidup di bumi Allah hingga ke hari ini.
::thanks to Allah, terima kasih kpd sume yg trlibat pd waktu kjdian.
-kcik
-luqman
-halim
-abe ne
-etc.
:: pengajaran yg diperolehi slps kjdian:
1. ingatlah jgn sskli mandi di kwsn air dlm even air cetek sklipun if xtw brenang.
2. life jacket itu penting.
3. don't be give up or panic if u r facing in this situation.
4.dgrlh ckp parent krn parent seolah2 tw ape yg akn tjdi.
5. yg pling pnting, igtlah Allah slalu. jgn lupe bdoa tiap2 mse susah atau pn sng.

 slpas tarik ke ats, mmg trase amat lemah, byk air dh aku telan, trase penuh air 1 bdn. mmg dh xlarat + kesejukan yg extreme.. itulah experiences yg pling ngeri, xkn dilupakan..
dlm 1 blog, menyatakan:

 mybe sblum ni dh ada blaku, so bringat2lah ye.. ^^ SAFETY FIRST

jam 3.00 ptg, kami dibawa ke taman herba yg brhampiran. seperti biasa, seisi penerangan diadakan terlebih dahulu sebelum kami diberi peluang untuk merasa minuman herba tersebut. cm biasa, herba yg paling terkenal antaranya adalah tongkat ali dan kacip fatimah. khasiatnya cm biase la yee~

pada jam 4.30 kami bertolak pulg ke tempat kediaman yang kami sewa terletak di Temerloh Pahang. perjalanan mengambil masa yang agak panjang dari tasik kenyir ke temerloh. kami sampai di temerloh agak lewat dlm pkul 11.00mlm.

15 APRIL 2012
pada hari seterusnya kami telah dibawa melawat ke satu kawasan ternakan ayam kampung yang terletak di sebuah Felda di Jengka. tempatnya terletak di dalam kawasan tanaman kelapa sawit. sambutan yang baik diberikan oleh mereka terhadap kami rombongan dari upm dengan menyediakan sedikit makanan roti dan air kelapa muda.dan kemudianya kami dibawa melawat disekeliling kawasan ternakan ayam tersebut.
antara snapshot di kwsn ternakan ayam:
seisi penerangan oleh tuan pemilik tersebut
setelah meluangkan masa hampir sejam disana kami bertolak pulang ke UPM pada pukul 12 tgh hari. dan kami telah singgah sebentar di Temerloh bagi menikmati satu hidangan spesel yg hanya terdapat di Temerloh iaitu:
gulai tempoyak ikan patin temerloh

menurut mereka yang menetap di Temerloh mengatakan bahawa harga ikan patin temerloh yg asli mampu mencecah ratusan ringgit. so, bila makan ikan patin disana berhati-hati nah..better tnye harga terlebih dahulu sebelum mkn..^^
 
 pada pukul 6.00ptg, kami beransur pulg ke UPM^^

Friday, May 28, 2010

friendship..love

Friendship is a quiet walk in the park with one you trust
Love is when you feel like you are the only two around
Friendship is when they gaze into your eyes and you know they care
Love is when they gaze into your eyes and it warms your heart
Friendship is being close even when you are far apart
Love is when you can still feel their hand on your heart when they are not near
Friendship is hoping that they experience the very best
Love is when you bring them the very best
Friendship occupies your mind
Love occupies your soul
Friendship is knowing that you will always try to be there when in need
Love is when you will give everything to be at their side
Friendship is a warm smile in the winter
Love is when warming touch that sends a pulse through your heart
Love is a beautiful smile which nothing compares
A tender laugh, which opens your heart
A single touch that melts away your fears
A smell that reminds you of the tenderness of heaven
A voice that reminds you of the innocence of youth
Friendship can survive without love
Love cannot live without friendship
Ya ALLAH, ENGKAU yg mnundukkan matahari dan bulan. ENGKAU yg mngedarkan galaksi-galaksi. ENGKAU yg mngatur segala urusan.

Ya ALLAH, segala keagungan hanyalah milikMU.
ENGKAU pemilik khidupan dan kematian.
Kumohon petunjuk-MU dan ku mohon bimbinganMU.


Ya ALLAH, ENGKAUlah sandaran hidupku. Dengan segala kerendahan hati, aku memohon keampunan dan petunjuk-MU agar aku sentiasa berada dlm keredhaan-MU.


Ya ALLAH, aku tahu ENGKAU melihatku meskipun mata aku tidak mampu melihat-MU.
Aku tahu ENGKAU mndengar meski aku tidak mampu mendengar-MU.


Selama ini kujauhi ENGKAU. Ku lupakan ENGKAU. Ku anggap ENGKAU tidak ada. Ku anngap ENGKAU tidak nyata, padahal selama ini ENGKAU begitu mencintaiku.


Ya RABBI, TUHAN semesta alam. Yang Maha Mengasih dan Maha Menyayangi dan Menguasai hari pembalasan. Hanya kepada-MU aku sembah dan memohon keredhaan-MU.


Ya RAHMAN Ya RAHIM, hanya keepada-MU aku meminta dan memohon pertolongan. Tunjukkan aku jalan yg lurus dan bukan jalan orang-orang yg sesat.



Wahai ALLAH Yang Maha Pengampun dan Pemilik Hari Akhirat, berikanlah aku kesabaran agar dapat aku harungi segala ujian-MU.


Ya WALID Ya HAMID, aku umat-MU yang hina. Bersihkanlah hatiku dari segala belenggu. Isilaha hatiku dgn iman, Islam dan IhsanMU, Ya ALLAH.


Ya ALLAh, jgn biarkn aku mncintai dunia melebihi cintaku pada-MU dan jgn biarkn aku mncintai diriku melebihi cintaku pada-MU.


Ya ALLAH, sesungguhnya aku insan yg hina lagi lemah. Bebaskan aku dari seksa neraka, seksa kubur dan jauhkanlah aku dari segala fitnah manusia yg sengaja melihat aku susah dan mnderita.


Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosaku. Baik yang kecil mahupun yang besar, yang dahulu mahupun yang akan dating, baik yang terang-terangan mahupun yang trsembunyi, Maafkan kejahilan hamba-MU. Ku sering melanggar suruhan-MU sama ada sedar atau tidak.


Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-MU daripada sifat lemah dan malas.